Monday 6 July 2009

Kembali Bersekolah...

Sekolah dibuka semula selepas cuti penggal ke-2 dan juga cuti khas selama seminggu yang disebabkan oleh wabak selesma H1N1 yang melanda di negara kita dan juga di seluruh dunia.

Sekolah ini telah menjalankan aktiviti memeriksa suhu badan murid apabila saja tiba di kawasan sekolah, ini adalah salah satu langkah-langkah untuk mempastikan murid-murid tidak menghidapi sebarang simptom-simptom selesma H1N1.







Video dirakam semasa guru-guru yang ditugaskan memeriksa suhu badan murid dengan menggunakan alat yang diberikan. Selesai saja diperiksa, murid tersebut akan dilekatkan sticker pada baju mereka. Para ibubapa dan penjaga juga diperiksa sebelum memasuki kawasan sekolah, guru-guru juga tidak ketinggalan diperiksa suhu badan mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.