Monday 19 October 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Guru

Acara sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Guru yang berlangsung pada 19hb Oktober 2009, di Dewan Sri Muara.


Thursday 10 September 2009

Majlis Khatam Al-Quran Guru-Guru & Kakitangan & Penyampaian Derma Anak Yatim


Berlangsung pada 10hb September 2009 jam 8.00 pagi di Dewan Sri Muara, SR SUAS Muara.

Tuesday 11 August 2009

Kata-Kata Semangat Utk Murid-Murid PSR

Guru-Guru SR SUAS Muara menulis kata-kata semangat dan perangsang bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menghadapi PSR tahun ini. Didoakan semoga semua murid Tahun 6 berjaya, amin...

Saturday 25 July 2009

Perjumpaan Guru Besar dengan Calon-Calon PSR kali ke-2

Pada 25 hb Julai 2009, Perjumpaan Guru Besar dengan calon-calon PSR diadakan di Dewan Sri Muara, SR SUAS Muara. Juga diadakan sesi kongsisama pengalaman mengajar dan motivasi yang disampaikan oleh Cikgu Hj Juni Bin Hj Junaidi dan juga Cikgu Mariam Bte Hj Mohd. Jaafar.


Saturday 18 July 2009

Solat Hajat & Membaca Yassin

SR SUAS Muara pada hari Sabtu, jam 7.30 hingga 8.30 pagi, telah mengadakan Solat Hajat bagi menghindari virus influenza H1N1, bacaan Surah Yassin juga diteruskan selepas solat. Murid-murid yang terlibat ialah murid-murid dari Tahun 4, 5 dan 6.


Monday 6 July 2009

Kembali Bersekolah...

Sekolah dibuka semula selepas cuti penggal ke-2 dan juga cuti khas selama seminggu yang disebabkan oleh wabak selesma H1N1 yang melanda di negara kita dan juga di seluruh dunia.

Sekolah ini telah menjalankan aktiviti memeriksa suhu badan murid apabila saja tiba di kawasan sekolah, ini adalah salah satu langkah-langkah untuk mempastikan murid-murid tidak menghidapi sebarang simptom-simptom selesma H1N1.







Video dirakam semasa guru-guru yang ditugaskan memeriksa suhu badan murid dengan menggunakan alat yang diberikan. Selesai saja diperiksa, murid tersebut akan dilekatkan sticker pada baju mereka. Para ibubapa dan penjaga juga diperiksa sebelum memasuki kawasan sekolah, guru-guru juga tidak ketinggalan diperiksa suhu badan mereka.

Tuesday 16 June 2009

Science BASE

The last day of Science BASE..


Monday 15 June 2009

Sunday 14 June 2009

Majlis Perpisahan dan Sambutan Hari Jadi Guru

Majlis perpisahan yang diadakan pada 13 hb Jun 2009 bagi guru bersara dan juga yang berpindah ke sekolah lain. Majlis tersebut diadakan di Season Restaurant pada jam 2 ptg.

Sambutan Hari Jadi guru juga diadakan bagi meraikan guru-guru yang menyambut harijadinya dalam bulan April, Mei dan juga Jun.


Thursday 11 June 2009

Taklimat Cuci Tangan

Pada 11 hb Jun 2009, murid-murid SR SUAS Muara telah diberikan satu taklimat dan info mengenai menyuci tangan yang betul di dewan Sri Muara pada jam 7.45 pagi, taklimat tersebut disampaikan oleh cikgu Nur Suryani dan Cikgu Salfeza.


Tuesday 9 June 2009

Perjumpaan Guru Besar bersama murid-murid tahun 6

Pada 9hb Jun, Perjumpaan Guru Besar SR SUAS Muara bersama murid-murid tahun 6 diadakan di dewan Sri Muara. Guru Besar, Cikgu Pg Othman Bin Pg Karim memberikan kata-kata motivasi serta semangat kepada murid-murid tahun 6, 2009.


Saturday 30 May 2009

Spelling Bee

Pada 30hb Mei 2009, SR SUAS Muara telah mengadakan 'Spelling Bee' bagi 'English Week' yang dikendalikan dan dijayakan oleh komiti-komiti English. Tahniah dan syabas diucapkan.

Thursday 28 May 2009

Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Brunei II(B)

Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah dan Pendidikan Swasta kawasan Brunei II(B) telah berlangsung pada hari Ahad, 17 hb Mei 2009. SR SUAS Muara telah mendapat beberapa kemenangan di dalam kejohanan tersebut.




Salah seorang guru dari SR SUAS Muara yang dilantik menjadi hakim membuang cakera.




Murid-murid bergambar ramai bersama Ckg. Noorizam



English Quiz

Aktiviti yang berjalan sewaktu 'English Week'. Guru-guru matapelajaran Inggeris memberikan kuiz kepada mruid-murid dari Pra hingga Tahun 6. Hadiah juga diberikan kepada murid-murid yang berjaya menjawab dengan betul.

Wednesday 13 May 2009

Lawatan Guru-Guru Besar ke Sudut ASEAN






Beberapa orang Guru Besar dari sekolah-sekolah lain telah datang ke SR SUAS Muara bagi membuat penghakiman ke atas sudut-sudut ASEAN guru-guru.

Sunday 3 May 2009

Aktiviti Sukan Rumah-Rumah


Aksi beberapa orang murid. Ketawa riang.



Pada hari Sabtu 2 hb Mei 2009, Sekolah Rendah SUAS Muara telah sekali lagi mengadakan aktiviti Sukan Rumah-Rumah. Di antara aktiviti yang berjalan ialah perlawanan bola jaring dan juga bola sepak.

Semua murid memakai baju mengikut rumah masing-masing.

Friday 24 April 2009

Perjumpaan PIBG





Perjumpaan Persatuan Ibubapa dan Guru yang diadakan pada hari Jumaat, 24 April 2009, bertempat di Dewan Sri Muara, SR SUAS Muara Brunei II(B).

Friday 10 April 2009

Penyampaian hadiah Maths Quiz



Penyampaian hadiah Maths Quiz bagi murid-murid dari Pra, Tahun 1 dan juga Tahun 2.

Wednesday 8 April 2009

8 Apr-Yr 2 Maths Quiz


Giliran murid-murid dari Tahun 2 menjawab kuiz.

Tuesday 7 April 2009

7 Apr-Maths Quiz for Yr 1

Salah seorang murid dari Tahun 1

Giliran murid-murid Tahun 1 menjawab kuiz bersama guru.

Monday 6 April 2009

6 Apr-Pra's Maths Quiz in Maths Month's activity


Guru membawa murid-murid Pra ke sudut Maths Quiz untuk menjawab soalan.

Saturday 4 April 2009

4 Apr-Aerobic time...

Aerobic yang diadakan setiap hari Sabtu dan diketuai oleh guru-guru mengikut kumpulan.
Aksi seorang murid dengan melakukan pemanasan badan sebelum memulakan pergerakan yang lebih hebat lagi. ;)
Guru-guru yang mengetuai aerobic pada minggu ini. Pergerakan yang cukup bagus dan mantap ;)
Salah seorang guru yang sarat mengandung namun semangat untuk beraerobic tetap ada..
Go SUAS teachers!
1..2..3..and 4..yeah..

Thursday 2 April 2009

2 Apr - Perlawanan Bola Jaring

Pada 2hb April 2009, SR SUAS Muara telah menjuarai Perlawanan Bola Jaring bagi Sekolah-Sekolah Rendah Brunei II(B) dengan menewaskan pihak lawan iaitu SR Serasa.

Sesi bergambar ramai bersama Guru Besar dan juga guru-guru yang turut hadir memberikan sokongan padu.



Sunday 1 February 2009

Aktiviti bacaan senyap

Aktiviti bacaan senyap ini diadakan setiap pagi Selasa dan Rabu, ianya berjalan selama 5 minit. Jika cuaca hujan, aktiviti ini akan berjalan di dalam dewan.
Guru Besar dan guru-guru lain juga turut menunjukkan minat dalam membaca buku secara senyap.
Aktiviti bacaan senyap di kawasan perbarisan pagi.
Murid-murid khusyuk membaca buku yang dipilih.