Saturday, 25 July 2009

Perjumpaan Guru Besar dengan Calon-Calon PSR kali ke-2

Pada 25 hb Julai 2009, Perjumpaan Guru Besar dengan calon-calon PSR diadakan di Dewan Sri Muara, SR SUAS Muara. Juga diadakan sesi kongsisama pengalaman mengajar dan motivasi yang disampaikan oleh Cikgu Hj Juni Bin Hj Junaidi dan juga Cikgu Mariam Bte Hj Mohd. Jaafar.


Saturday, 18 July 2009

Solat Hajat & Membaca Yassin

SR SUAS Muara pada hari Sabtu, jam 7.30 hingga 8.30 pagi, telah mengadakan Solat Hajat bagi menghindari virus influenza H1N1, bacaan Surah Yassin juga diteruskan selepas solat. Murid-murid yang terlibat ialah murid-murid dari Tahun 4, 5 dan 6.


Monday, 6 July 2009

Kembali Bersekolah...

Sekolah dibuka semula selepas cuti penggal ke-2 dan juga cuti khas selama seminggu yang disebabkan oleh wabak selesma H1N1 yang melanda di negara kita dan juga di seluruh dunia.

Sekolah ini telah menjalankan aktiviti memeriksa suhu badan murid apabila saja tiba di kawasan sekolah, ini adalah salah satu langkah-langkah untuk mempastikan murid-murid tidak menghidapi sebarang simptom-simptom selesma H1N1.





video

Video dirakam semasa guru-guru yang ditugaskan memeriksa suhu badan murid dengan menggunakan alat yang diberikan. Selesai saja diperiksa, murid tersebut akan dilekatkan sticker pada baju mereka. Para ibubapa dan penjaga juga diperiksa sebelum memasuki kawasan sekolah, guru-guru juga tidak ketinggalan diperiksa suhu badan mereka.